Thursday, August 28, 2008

Sikap EGO, BONGKAK orang UMNO yang tak pernah berubah

Pengajaran dari Permatang Pauh

Permukiman penulis selama dua minggu di Permatang Pauh mulai 12 Ogos sehingga 26 Ogos menyaksikan pertarungan getir, suka duka dan pelbagai peristiwa menarik dalam sejarah pilihan raya kecil di negara ini. Selain mampu memberi banyak makna dan pengajaran.

Hakikatnya sumpahan Permatang Pauh terus menjadi badi berterusan sehingga kawasan tersebut boleh disinonimkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti mana dekat dan eratnya Allahyarham Fadzil Nor dengan Bukit Raya. Apabila mengambil maudhuk dan asas ini maka fahamlah kita kenapa cara berfikir lebih 58,459 pengundi tidak berubah?

Gunakanlah apa jua strategi, taktik, pendekatan, politik pembangunan, imbuhan ataupun elemen propaganda media segenap penjuru. Apa yang nyata kesemua elemen ini akhirnya menjadi backclash kepada usaha Barisan Nasional (BN).

Memang benar sebaik sahaja Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatan pada 31 Julai, gendang paluan perang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah bermula. Akan tetapi persediaan psikologi, fizikal dan mental sebahagian besar ahli UMNO dan BN misalnya masih dalam dilema dan trauma. Sebahagiannya akibat tsunami politik PRU ke-12, 8 Mac yang lalu. Sebahagian lagi kerana pergelutan mesyuarat cawangan, pemilihan bahagian dan lobi untuk jawatan Majlis Tertinggi.

Ini disebabkan baik UMNO mahupun MCA, dua buah parti berkenaan turut menghadapi pemilihan peringkat cawangan dan Bahagian. Justeru apabila jentera digerakkan ke Permatang Pauh, bala tentera BN berbelah bahagi, punyai fokus yang berbeza, mana lagi mahu diingatkan cawangan yang ditinggalkan, dalam masa yang sama perlu pula menghadapi taktik agresif, daya juang tinggi semangat petugas PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebab itu dalam kebanyakan hal petugas dan jentera BN dilihat agak santai, dengan coffe-house Hotel Sunway di Seberang Jaya, Hotel Summit di Bukit Mertajam menjadi tumpuan. Termasuklah memenuhi ruang Restoran Nasi Kandar Pelita Samudera, Retoran Nasi Kandar Khalel dan Kassim Mustaffa. Sebahagian petugas lainnya ada yang menginap di Sungai Petani, Kedah dan di bahagian sebelah pulau, satu lokasi yang tidak praktikal untuk membolehkan kerja berganda dan bersungguh dilakukan.

Natijahnya, petugas seakan-akan lali seperti mana enaknya nasi kandar berserta kuah kari yang dihidangkan. Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang seharusnya ditanggapi sebagai 'medan perang induk' dilihat tidak lebih daripada sekadar satu pilihan raya yang pernah dilalui oleh BN selama ini.

Hakikat bahawa UMNO dan BN Pulau Pinang adalah pembangkang, begitu juga UMNO dan BN negeri-negeri jiran lain seperti Kedah, dan Selangor yang turut sama bertungkus-lumus bekerja siang dan malam turut membawa tagline pembangkang tidak diinsafi.

Kesannya petugas atau gerak kerja yang dilakukan seolah-olah UMNO dan BN masih menjadi pemerintah negeri-negeri berkenaan. Lalu wujudlah budaya mengambil mudah, ego, dan lagak yang agak memualkan.

Maka dilihat dari dua sudut, elemen propaganda dan kewujudan bilik gerakan, markas dan pondok panas sedari awal sudah membuktikan jentera UMNO/BN jauh ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya kata-kata, slogan yang terpampang hasil kreativiti PKR dan BN.

BN masih dengan 'slogan' lama sebagai contoh 'Tekadkan Pilihan Anda, Undilah Barisan Nasional'. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hati pengundi sebenarnya boleh dilaksanakan.

PropagandaPetugas BN tidak kurang tenaga pakarnya, namun mungkin elemen imbuhan jadi keutamaan justeru hasil kerja sekadar siap semata-mata, tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing.

Ditambah dengan lagu dan kaedah propaganda lama oleh media arus perdana. Pengulangan teknik dan taktik yang sama paparan berita TV misalnya yang menggunakan elemen dan pendekatan yang sama, sudah mampu diduga oleh penonton. Lantas melahirkan satu sentimen, bahawa semua maklumat dan berita yang dipaparkan tidak benar dan rekaan semata-mata.

Akhbar mahupun televisyen harus berubah, bukan menjadi tukang kempen calon tertentu sebaliknya mengajak pembaca dan penonton berfikir, dengan logik praktik yang ada. Selagi media dipersepsikan sebagai tukang kempen calon tertentu maka kredibiliti, teknik yang digunakan akan lama kelamaan menjadi hambar.

Sering kali dalam setiap pilihan raya baik umum mahupun kecil semenjak pilihan raya pertama 1959, faktor 5M menjadi pendorong kepada kekuatan UMNO dan BN. Money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia), manipulation (manipulasi) dimaksimum sebaik mungkin oleh pemerintah sehingga tidak ada ruang kepada parti lawan untuk bangkit menghadapinya.

Malang dalam situasi pilihan raya kecil Permatang Pauh, PKR yang tenaga induknya adalah serpihan UMNO, juga punyai formula dan kepakaran di bidang yang sama. 5M ini dimanfaatkan sebaik mungkin, kerana dari segi perbelanjaan, cara kerja, pengurusan tenaga manusia dilihat jelas PKR cukup banyak sumber kewangan dan jenteranya yang pelbagai.

Barangkali UMNO dan BN selain formula 5M tradisi harus menggabungkan dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Pengundi.

Jika ini dapat dihubung jalinkan, tidak mustahil dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang dijangka bakal berlaku pada masa akan datang, UMNO dan BN tidak akan dimakan sumpah lagi.

Persoalannya pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dianggap ibu segala pilihan raya di negara ini bakal menimbulkan implikasi pelbagai. Demokrasi yang telah terlaksana dengan baik meskipun adanya unsur pergaduhan, budaya provokrasi dan agresif petugas parti, namun hak rakyat telah tertunai.

Apa pengajaran di sebalik meningkatnya majoriti undi yang dimenangi Anwar Ibrahim sebanyak 15,671 berbanding 13,338 yang dimenangi oleh isterinya pada 8 Mac 2008 yang lalu? Pertambahan sebanyak 2,283 undi. Dalam masa yang sama calon BN hanya beroleh 15,524 undi lebih rendah daripada jumlah yang didapati dalam PRU ke-12 lalu yakni sebanyak 16,950 dan 21,147 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.

Realitinya, sumpahan Permatang Pauh terus membelenggu BN untuk tempoh masa yang cukup lama. Buktinya juga politik pembangunan yang selama ini memenangkan BN sudah tidak signifikan, kerana pemikiran pengundi era kini lebih strategik.

Berilah apa jua bantuan, sumbangan atau imbuhan, mereka akan terima dengan lapang dada atas prinsip ini hak rakyat, namun mengundi belum tentu.

RasionalRasionalnya juga politik liberal dan majmuk PKR makin diterima sedangkan faham perkauman yang mendasari parti komponen BN makin ditolak rakyat. Keputusan pilihan raya kecil ini juga harus menjadi satu tanda aras tentang pencapaian dan gerak kerja petugas BN.

Demikian juga agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50, atau 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simpton, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai tingkat tertinggi.

Gerak kerja pilihan raya juga jika mahu berjaya harus mengetepikan soal imbuhan dan kewangan. Ironinya medan pilihan raya kecil atau umum bukan tempat membuat duit, atau melobi sebarang bentuk perniagaan.

Kesukarelaan harus diletakkan pada tahap paling tinggi, moral, daya juang, istiqamah, sanggup berkorban dan daya tahan harus kukuh. Demikian juga selain percaturan atas kertas dan tenaga manusia, pertolongan dari Allah SWT harus juga dipohon.

Koordinasi kerja juga perlu cekap, sikap akauntabiliti, integriti dan ambil peduli juga harus tinggi. Sebab itu pengalaman di Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Permatang Pauh terlalu mengharapkan gerak kerja dari petugas UMNO negeri lain.

Ibarat tuan rumah mahu mengadakan kenduri, namun segala persiapan, keperluan dan tatacara diminta para tetamu dan jiran untuk menguruskannya. Tentulah mewujudkan suasana bercelaru dan ketidaktentuan.

Kempen yang memenatkan sudah pun berlalu, pergeseran sesama kaum, kawan rakan, handai dan taulan, perkelahian dan unsur ganas yang mewarnai pilihan raya kecil Permatang Pauh harus diinsafi semua. Persoalan seterusnya, apa nasib masa depan politik negara?

Adakah penolakan pengundi di Permatang Pauh ke atas BN dapat diterima sebagai satu wake up call atau panggilan kecemasan bahawa populariti kepimpinan negara mulai pudar? Apakah natijah, implikasi di sebalik semua ini? Ke mana arah tuju dan arah haluan hubungan kaum, nasib masyarakat, kemuliaan agama dan pemantapan institusi di hari-hari mendatang?

Apa yang boleh dinukilkan ialah banyak ketidaktentuan daripada jaminan kestabilan. Ketidaktentuan yang boleh memusnahkan, diharap setiap pemimpin sama ada parti pemerintah mahupun pakatan pembangkang lebih rasional. Jangan lagi kerana politik kuasa, rakyat dan institusi dimangsai.

Demokrasi telah terlaksana, mandat yang diperoleh harus dijalankan dengan penuh cekap dan amanah. Rakyat sudah letih, celaru, dan tidak keruan memikirkan nasib masa depan.

Semangat Ihya Ramadhan yang bakal tiba awal September nanti harus menjadi medan keinsafan untuk kita semua kembali bertaut kasih dan silaturrahim, tinggalkan seketika baju politik atas nama kepartian atau ideologi. Kita bina dan bangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dan unsur penjajahan semula daripada apa jua anasir luar yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh


26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:

- Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
- Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
- Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.


Tengku Razaleigh Hamzah


PAK LAH MUST GO NOW!!!!!!!!!!!!!!!..ismail rubani

Thursday, August 14, 2008

Wajarkah kota 10% di buka kepada Bukan Bumiputra di UiTM

Asalamualaikum,


Wahai sahabat fikir- fikirkanlah...


65% daripada 178,038 pelajar BUMIPUTERA lepasan SPM & STPM GAGAL mendapatkan tempat di IPTA

(Kajian Institusi Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia)

Jika 10% pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar bukan bumiputera, ini bermakna:

10% x 120 000 = 12 000 pelajar!!!

DI MANA & KE MANAKAH 12 000 orang pelajar BUMIPUTERA ingin MENYAMBUNG PELAJARAN??? Fikir-fikirkan…

Statisitik pelajar di IPTS:

Tahun

Jumlah

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1997

140 000

5% ( 7 000 )

95% ( 133 000 )

2000

200 000

15% ( 30 000 )

85% ( 170 000 )

2005

322 891

30% ( 96 867 )

70% ( 226 024 )

HANYA 35% pelajar BUMIPUTERA berjaya menempatkan diri IPTA & IPTS. DIMANAKAH KEADILAN???

Mengapa bukan 65% mengikut komposisi penduduk Malaysia???

Kesian anak Melayu 12,000 ini, pengambilan UiTM cuma dua kali setahun, mana anak Melayu nak pergi, cuba fikir kalau tak ada UiTM.

Belajar dari sejarah saudara, sejarah tanah melayu dan islam (cth terbaik negara turki). Nak minta tolong pun, bukan dengan orang kafir (Nauzubillahminzali k). Rasullullah sendiri berpesan pada kita. Kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Sejahat2 orang melayu ni, masih ade perikemanusiana lagi dan masih rase selamat lagi. Once DAP dah masuk, mulut encik sabri pun terkunci sekali.



Wassalam.

Tuesday, August 5, 2008

TIADA LAGI DEMOKRASI ...PERLUKAH DIPULAU PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN

Asalamualaikum,

Kita semakin bersedih hari ini...dalam kelemahan dan kekurangan UMNO hari ini..kita masih terus dibelenggu oleh sikap pentingkan diri sendiri. Kita masih terus dipacu dan dipandu untuk menentukan masa depan perjuangan Melayu.

Apakah UMNO masih terus ingin terpinggir dan dipinggir...tidak adakah sekelumit kekecewaan pada kepimpinan dengan situasi yang berlaku?

UMNO perlu diperbaiki dan dikemas kini..namun apa yang berlaku masih cerita lama..masih cerita kosong dan masih lagu kekecewaan.

Perjuangan untuk anak BANGSA semakin di BANGSATKAN oleh kepimpinan yang HAPRAK dan TAMAK!!!

Kebebasan BERSUARA yang hanya RETORIK dan PENIPUAN yang DI KONGKONG oleh tangan-tangan GHAIB.

Yang Pasti...

UMNO dulu penuh dengan PEJUANG
Kini dipenuhi PETUALANG
Dan selamanya kita kan berhati WALANG,
Semuanya kerana Pemimpin berhati JALANG
Yang berjuang hanya untuk harta dan WANG,
Sepatutnya mereka ini di TENTANG,
Demi Agama dan Bangsa aku rela BERJUANG,
Mengembalikan MARUAH dan bangsa TERBILANG

Nota:

Mengambil kata cili padi (baca komen beliau di artikel suatu renungan..hasil pena seorang sahabat) kalau lah pejuang lama itu hidup kembali..maka bertempiranlah pemimpin hari ini dikejar zombi...dan kita sudah pasti tidak mahu duduk dekat dengan mereka kerana zombi mencari yang busuk hatinya...


Bak kata pepatah ;

NAK DILUAH MATI EMAK NAK DITELAN MATI BAPAK..beginilah nasib orang Melayu..

Wallah hu alam.....

suatu renungan..hasil pena seorang sahabat

UMNO JADI PAKAR MOTIVASI

Sekian lama baru kini saya sempat meluangkan masa menulis di sini. Harap kepada semua teman-teman di prowaris sihat dan ceria. Saya sekadar berkongsi pendapat di sini. Saya sedikit jengkel dengan apa yang berlaku dalam politik UMNO hari ini, bukan menyebelahi pembangkang Cuma cara UMNO memperjuangkan nasib Bangsa Melayu tidak ubah sebagai seorang pakar motivasi bagi kaum lain.

Setiap kali persidangan UMNO atau sebarang perhimpunan pemimpin UMNO kita sering mendengar laugan semangat Melayu, hidup Melayu dan pelbagai perancangan untuk meningkatkan kaum MELAYU tapi semuanya lebih sebagai satu retorik yang cuba dimainkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini yang tidak lebih kepada mengejar matlamat politik mereka semata-mata.

UMNO diberi masa sehingga 50 tahun untuk memerintah, dalam masa 50 tahun itu tidak mereka diberi kepercayaan untuk membawa orang MELAYU ketahap yang lebih baik. Hampir sebahagian besar orang MELAYU berjuang di belakang UMNO dengan harapan supaya nasib mereka dibela. Namun selepas 50 tahun tidak banyak perubahan terhadap nasib MELAYU. Jurang ekonomi antara MELAYU dan BUKAN MELAYU dilihat semakin ketara. Usaha UMNO selama 50 tahun tidak menemui kumpulan sasaran malah MELAYU gagal bersaing dalam ekonomi dengan orang bukan MELAYU keadaan ini menyumbang pelbagai masalah berantai.

Saya masih ingat ketika tahun 2004-2005 masalah graduan menganggur menjadi satu isu Nasional. Para Menteri dan pemimpin politik bergilir-gilir mengeluarkan pendapat mereka, tidak terkecuali pemimpin-pemimpin MELAYU dari UMNO. Apa yang sangat menyedihkan KERAJAAN khasnya PEMIMPIN UMNO MELAYU yang diharap membantu graduan-graduan MELAYU ini menunding jari kepada graduan MELAYU itu sendiri. Graduan MELAYU dikatakan tidak berdaya saing, mempunyai keputusan peperiksaan yang rendah dan tidak menguasai BAHASA INGGERIS. Semua pemimpin ini tidak bertindak RASIONAL sebaliknya menghentam graduan MELAYU. Persoalannya adakah GRADUAN BUKAN MELAYU itu berdaya saing, mempunyai keputusan peperiksaan yang baik dan menguasai BAHASA INGGERIS? Atau kelemahan ekonomi orang MELAYU sendiri menjadi punca GRADUAN MELAYU menganggur? Cuba pemimpin-pemimpin ini fikirkan kenapa tidak ada pengangguran dikalangan graduan BUKAN MELAYU khasnya kaum CINA? Bukankah masalah ini lebih kepada masalah KEPIMPINAN MELAYU? Adakah pemimpin-pemimpin MELAYU UMNO ini telah menjalankan tugas mereka dengan BAIK? JIKA BAIK adakah sebaik PEMIMPIN-PEMIMPIN KAUM LAIN khasnya KAUM CINA? Saya melihat pemimpin-pemimpin MELAYU UMNO apabila berhadapan dengan masalah selalu saja mengeluarkan kenyataan yang menunding jari sekadar melepaskan tanggungjawab mereka. Apa yang sepatutnya PEMIMPIN MELAYU UMNO harus mencontohi pemimpin BANGSA LAIN yang tegas memperjuangkan nasib bangsa mereka BUKAN SEKADAR BERCAKAP DAN BERJANJI KOSONG.

Ambil contoh bagaimana pemimpin CINA di MALAYSIA, mereka berpolitik secara matang kepentingan BANGSA CINA menjadi keutamaan mereka sejak dari 50 tahun yang lalu. Mereka terus memonapoli sector ekonomi kita dengan ikatan dan rangkaian yang semakin kuat dari sehari ke sehari. Mereka juga berpolitik tetapi jelas tentang PERJUANGAN BANGSA. Itu merupakan kunci kejayaan BANGSA CINA di MALAYSIA. Seorang PEMIMPIN yang BERJAYA adalah seorang PEMIMPIN yang bersedia memikul TANGGUNGJAWAB.

APA HAK KEISTIMEWAAN MELAYU? Adakah PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UMNO ini benar-benar berjuang untuk HAK KEISTIMEWAAN INI? MASIH ADAKAH HAK KEISTIMEWAAN INI? Bermula dengan pengiktirafan INSTITUT PENGAJIAN SWASTA kemudian MERITROKRASI, PENGAJIAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS,BIASISWA dan GALAKKAN BUKAN MELAYU KE SEKTOR AWAM.

PERSOALANNYA SIAPA yang layak ke IPTS ? Mampukah orang MELAYU ke IPTS?siapakah yang paling ramai mendapat manfaat dari pengiktirafan IPTS? Apakah jaminan MERITROKRASI? Dimanakah kedudukan BAHASA MELAYU? Berapa nilai BIASISWA MELAYU? BOLEH KE MELAYU BERKERJA DENGAN SWASTA YANG DIKUASAI MAJIKAN BUKAN MELAYU dan APAKAH NASIB MELAYU DI SEKTOR SWASTA?

SEDARKAH dasar-dasar ini merupakan pencabulan hak keistimewaan melayu secara HALUS dan berperingkat. KITA tidak nafikan ada orang MELAYU yang berjaya dalam dasar-dasar ini persoalannya BERAPA BILANGAN ORANG MELAYU YANG BERJAYA? Atau ia lebih bermanfaat kepada BANGSA LAIN? TERBARU dalam krisis MINYAK dan kenaikan harga barang-barang dipasaran serta kesan berantai yang lain. PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UMNO meminta agar kita MENGUBAH GAYA HIDUP. CONTOH YANG DIBERIKAN JIKA TAHUN LEPAS KITA MELANCONG LUAR NEGARA TAHUN INI KITA MELANCONG DALAM NEGARA. JIKA TAHUN LEPAS KITA MELANCONG DUA KALI, TAHUN INI KITA MELANCONG SEKALI SETAHUN. JIKA KITA PERGI BERKERJA BERASINGAN SEKARANG KITA BERKONGSI KERETA.

SAUDARA di prowaris adakah contoh-contoh ini ADIL? Kenapa pemimpin kita mengeluarkan kenyataan ini? TIDAKKAH mereka terfikir NASIB orang yang GAJI sekadar cukup keperluan? SEKADAR UNTUK MAKAN SEKALI SEHARI? MENUNGGANG MOTOR? BERHUTANG UNTUK MEMBAYAR WANG KEPERLUAN SEKOLAH ANAK. APA LAGI YANG HENDAK DIAMBIL DARI PADA MEREKA INI? CUBA FIKIRKAN? DI KUALA LUMPUR BERAPA RAMAI MELAYU DI FLAT-FLAT yang hidup susah duit sekdar cukup MAKAN DAN PAKAI itupun masih berhutang untuk kes-kes KECEMASAN anak sakit atau sebagainya? Tahukah berapa pendapatan seorang PEGAIWAI KESELAMATAN? PEMANDU TEKSI? KERANI? APALAGI HENDAK DIAMBIL DARI MEREKA INI? UBAH GAYA HIDUP YANG BAGAIMANA?

APABILA krisis inflasi melihatkan kemungkinannya. Semua bantuan terarah kepada KAKITANGAN KERAJAAN. Penyelarasan GAJI, ELAUN DAN BONUS? APAKAH nasib PEKERJA SWASTA? SEBAGAI rakyat Malaysia adakah pekerja swasta tidak layak mendapat ELAUN SARA DIRI? Siapa yang membela pekerja swasta? Apakah bantuan kerajaan kepada PEKERJA SEKTOR SWASTA? PALING UTAMA APAKAH NASIB MELAYU DI SEKTOR SWASTA? ADKAH MEREKA DIADILI dengan sewajarnya oleh MAJIKAN BANGSA ASING? ADAKAH JAMINAN perkerjaan pekerja SWASTA? ADAKAH pemimpin MELAYU UMNO boleh memastikan tidak ada DOUBLE STANDARD antara pekerja MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI SEKTOR SWASTA? Gaji kakitangan KERAJAAN dinaikkan, kesannya ada kenaikkan kepada pemintaan dan seterusnya kenaikkan taraf hidup. PERSOALANNYA bagaimana dengan taraf hidup pekerja MELAYU disektor SWASTA? Adakah TURUT SAMA NAIK? WAJARKAH ELAUN SARA HIDUP DIBERIKAN KEPADA semua peringkat KAKITANGAN KERAJAAN? Atau lebih elok ia digunakan untuk membantu MELAYU berpendapatan di bawah RM1500?

KERAJAAN menggalakkan orang BUKAN MELAYU menyertai sektor KERAJAAN. Sedarkah ini membuka lebih pilihan kepada mereka? Sedangkan orang MELAYU hanya ada satu PILIHAN iaitu berkeja dengan KERAJAAN. Ini kerana majikan di sektor SWASTA dikuasai oleh BUKAN MELAYU yang sudah pasti akan ada alasannya untuk mengetepikan GRADUAN MELAYU dengan pelbagai alasan (yang kemudiannya disokong oleh pemimpin melayu). Kita kena rasional dalam ketidakseimbangan penguasaan ekonomi antara MELAYU dan BUKAN MELAYU SEKARANG adalah tidak wajar tanggungjawab membela NASIB MELAYU dilepas kepada SEKTOR SWASTA. Adakah jaminan orang MELAYU tidak ditindas? Kerajaan BELUM MAMPU memberikan peluang pekerjaan kepada semua rakyat DALAM SEKTOR KERAJAAN dan JIKA MAMPU ia juga buka LANGKAH YANG BAIK. OLEH ITU adalah penting untuk KERAJAAN KHASNYA PEMIMPIN MELAYU SEGERA MEMBANTU DAN MERANGKA SATU PLAN UNTUK MELAHIRKAN RAMAI MAJIKAN-MAJIKAN MELAYU. Jurang penguasaan sektor swasta antara MELAYU dan BUKAN MELAYU mesti di atasi segera bagi membantu EKONOMI MELAYU.

PEMIMPIN MELAYU UMNO diharap tidak hanya bersidang dan bercakap tentang NASIB MELAYU sebaliknya SEGERA BERTINDAK MERANGKA STRATEGI UNTUK ORANG MELAYU DAN MEMBELA NASIB ORANG MELAYU. TINDAKKAN BERCAKAP TENTANG PERJUANGAN MELAYU DI KHALAYAK UMUM KHASNYA MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR DAN MEDIA ELETRONIK ADALAH TIDAK WAJAR JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN KEBERANIAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK BERTINDAK.

LIPUTAN AKHBAR DAN MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP PERSIDANGAN HAK-HAK MELAYU DAN BANGSA MELAYU BUKAN SESUATU YANG BAIK. LEBIH-LEBIH LAGI JIKA IA SEKADAR BECAKAP KOSONG INI KERANA BANGSA LAIN AKAN MENDENGAR DAN BERTINDAK SECARA SENYAP-SENYAP DAN AKHIRNYA IA MENJADI MOTIVASI KEPADA KAUM LAIN UNTUK BERJUANG LEBIH GIGIH SEDANGKAN KITA HANYA BERCAKAP KOSONG.