Wednesday, July 30, 2008

Laporan Hospital Pusrawi - suatu kajian

Taken from a reliable source...

Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Sumber laporan

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Kandungan laporan Hospital Pusrawi







1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
*Kependekan F/T bermaksud full time.
*Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
*pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
*pain in the anus when passing motion (for a week)
*pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
* willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada dan ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi ? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis ?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur..

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.


Catatan ringkas, 3.50 petang

AIDC
29 Julai 08

Saturday, July 26, 2008

GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4 UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO

GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4 UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO

Dipetik dari blog Gerbang Ruhanie:
GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4
UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum insaf bahawa UMNO mutakhir ini sedang menempah saat-saat kemusnahannya. Sebab itulah pada 20 Julai 2008, Abdullah dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa “formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.”

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang tersalah anggap. Kalau tidak, mana mungkin seluruh 32 cawangan UMNO dalam Bahagian Gua Musang dengan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini?

Kalau tidak, mana mungkin satu cawangan dalam UMNO Bahagian Pekan juga membuat usul yang sama? Jika tidak disekat oleh pihak-pihak tertentu, pasti banyak lagi usul seperti ini akan diluluskan di peringkat cawangan di seluruh negara.

Tetapi, biarlah Abdullah seronok sendiri kerana inilah ciri-ciri pemimpin yang sentiasa dilanda sindrom penafian – kenyataan-kenyataannya tidak mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.

Fasal 17.5.1

Dalam pada itu, Persidangan Cawangan UMNO yang sudah bermula hujung minggu lalu wajar menghasilkan strategi komprehensif untuk menyelamatkan parti yang sedang dilanda krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang amat serius di peringkat tertinggi.

Persidangan Cawangan perlu menggunakan Fasal 17.5.1 yang memberikan kuasa kepada warga akar umbi untuk “membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian” dengan sebaik-baiknya demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair.

Gunakanlah Fasal 17.5.1 ini untuk Persidangan Cawangan mengemukakan usul ke peringkat bahagian masing-masing berkaitan usaha-usaha menyelamatkan UMNO.

Satu daripada usul cawangan yang amat relevan pada waktu ini ialah mencadangkan supaya bahagian masing-masing tidak mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Calonkanlah siapa sahaja asalkan bukan Abdullah. Usul ini bolehlah digubal seperti berikut:

Usul Pertama:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pulau Buluh untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pulau Buluh hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Namakan calon-calon pilihan masing-masing.)

Jika usul di atas didapati kurang sesuai, satu lagi usul yang relevan untuk dikemukakan oleh Persidangan Cawangan kali ini adalah mendesak bahagian masing-masing mengemukakan usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa itu kepada 1 Januari 2009.

Alasannya, semakin lama Abdullah memimpin UMNO, semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap beliau, UMNO akan hancur dan BN mungkin akan kehilangan kuasa secara total dalam PRU13. Usul yang dicadangkan bolehlah digubal seperti ini:

Usul Kedua:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mendesak UMNO Bahagian Pulau Buluh menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Oleh itu, warga UMNO akar umbi buatlah keputusan muktamad, usul manakah yang sesuai untuk diketengahkan kepada bahagian masing-masing kali ini.

Jika pilihannya adalah usul yang pertama seperti di atas, warga UMNO cawangan tidak perlu takut. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu terus diberikan kepada penyandangnya ketika ini – Abdullah dan Najib – tidak perlu dipatuhi kerana ianya tidak berasaskan perlembagaan parti.

Perlu Berani:

Jika dipilih usul yang kedua seperti di atas, warga UMNO akar umbi juga berhak meminda tempoh peralihan itu.

Pokoknya, warga UMNO akar umbi perlu berani dalam membuat salah usul di atas kerana matlamat utama kedua-dua usul cadangan berkenaan adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Oleh itu, Persidangan Cawangan kali ini perlu berani mencabar peringkat bahagian masing-masing dengan mengemukakan salah satu usul di atas. Jika tidak, perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian bolehlah memilih barisan baru untuk memimpin bahagian masing-masing bagi memenuhi aspirasi warga akar umbi!

Jika bahagian masing-masing gagal memenuhi usul cadangan yang pertama seperti di atas, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula boleh menggunakan Fasal 14.5.4 untuk “mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.”

Fasal 14.5.3.Dan 14.5.4

Berasaskan Fasal 14.5.4 ini Perwakilan Bahagian boleh membantah jika pihak bahagian masing-masing masih terus mahu mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO. Jika bantahan ini menerima sokongan, ianya terpaksa diputuskan menerusi pengundian. Jika menerima undi sokongan daripada majoriti perwakilan, bahagian terpaksalah akur dengan keputusan berkenaan – tidak mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO.

Jika usul cadangan yang kedua seperti di atas mengenai memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib juga tidak dipedulikan oleh peringkat bahagian, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian boleh menggunakan Fasal 14.5.3 yang memberikan kuasa untuk “membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.”

Menerusi kuasa dalam Fasal 14.5.3 ini, cadangkanlah usul mendesak bahagian masing-masing mendesak PAU 2008 memendekkan tempoh peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009.

Huraian dua contoh di atas membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Dan, jalan yang terbuka dalam konteks ini adalah jalan yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO.

Selamat bersidang dan selamat majujaya dalam menyelamatkan UMNO dari kehancurannya

Inikah KEADILAN

Dipetik dari KMU...

Apakah ini kesamarataan dan keadilan yang di cari...apakah kaum bukan islam semakin berani mencabar Islam sebagai agama rasmi...

Yang pasti PKR semakin berani kehadapan untuk menjadi hero...walau apapun hasilnya nanti..dan PAS..dimanakah pendirian mereka?

PR semakin goyah dan semakin berantakkan.

Rukun Negara menanti perubahan.

Mari kuatkan pertahanan, kukuhkan perjuangan..

KITA PERTAHANKAN ISLAM.


Bantahan pembinaan surau di Desa Mentari

Contributed by belantan on Sunday, July 20 @ 13:38:42 MYT
Topic: MEDIA

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau dikasari oleh pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau dikasari oleh pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.
Ekoran beliau ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah pembinaan surau di Desa Mentari di sini pukul 3 petang semalam.


Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, mendekati penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah pembinaan surau di kawasan itu.

Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan oleh kalangan penduduk india terhadap pembinaan surau. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab atas projek berkenaan pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila dikatakan "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek ini."

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf tetapi jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.

OCPD Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Majlis pecah tanah surau Desa Mentari dibantah penduduk India

Majlis pecah tanah yang sepatutnya disempurnakan oleh Hassan Ali di Desa Mentari telah menimbulkan kekecohan. Sebilangan penduduk India telah membantah pembinaan surau tersebut.

Kelana jaya - Majlis pecah tanah yang sepatutnya disempurnakan oleh Hassan Ali di Desa Mentari telah menimbulkan kekecohan. Sebilangan penduduk India telah membantah pembinaan surau tersebut.

Ahli Parlimen, Goh Bon Loh telah cuba masuk campur dalam pertikaian tersebut. Ketika itu berlaku pertengkaran diantara beliau dan pihak penganjur dan beliau telah ditampar oleh pembantu Nik Nazmi Nik Ahmad ADUN Seri Setia yang juga seorang ahli PKR.

Friday, July 11, 2008

Pak Lah menentang arus - UMNO menuju kehancuran

Keputusan Pak Lah untuk terus memerintah sehingga 2010 adalah merupakan titik tolak kehancuran UMNO. Beliau terus cuba mempengaruhi akar umbi dengan disokong oleh kepimpinan - kepimpinan haprak yang seolah oalh tidak mahu mengerti atau memang tidak mahu ambil tahu.

Apa yang penting adalah memperjuang dan mempertahankan kedudukan masing-masing tanpa mengambil kira keadaan politik semasa dan pandangan akar umbi.

Beliau terus mendabik dada bahwa masih banyak kerja yang tidak terlaksana dan hanya beliau yang mampu merubahnya. Kenyataan yang dapat dilihat beliau gagal dalam melaksanakan tugas dengan baik. Yang pasti DS Najib akan terus menjilat jari apatah lagi jika berlakunya penentangan terbuka hasil dari suara ahli akar umbi.

Kebanyakan pemimpin terus menerus membodek dan memuji atas kepentingan sendiri , tidak banyak yang berani membangkang atau menegur kecuali TS Mahyudin dan Tg Razaleigh.

Kita mahukan nafas baru yang mampu menjana kestabilan politik dan ekonomi di negara ini, dan Pak Lah bukanlah orangnya. Keengganan beliau untuk turun sekadar merencatkan perkembangan ekonomi dan sekadar mengundang perpecahan yang lebih besar dalm UMNO.

Kita tunggu apa reaksi ahli UMNO bermula mesyuarat cawangan minggu depan. Apakah ada cawangan yang berani dan mampu bangkit menentang ketetapan ini, atau ahli UMNO memang selesa dan seronok dengan kekalahan PRU12 seterusnya mengekalkan suatu bentuk kepimpinan yang lemah dan tidak bermaya.

Apakah ahli UMNO memang tidak mahu berjuang dan tidak peduli tentang masa hadapan anak anak bangsanya?

Namun yang pasti bagi saya lawan tetap lawan..

Biar putih tulang jangan putih mata

Wednesday, July 9, 2008

Keputusan Ketua UMNO bahagian Selangor calonkan Pak Lah dan Najib - satu pengkhianatan kepada suara akar umbi

Dari Blog Muhammad Muhd Taib:Selangor calonkan Pak Lah dan Najib


Hari Isnin lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah bermesyuarat di Shah Alam. Berbagai perkara dibincangkan berkait rapat dengan persidangan cawangan-cawangan yang akan bermula dari 17 April ini serta beberapa isu semasa politik terutama di Selangor.

Namun, apa yang penting hasil mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai dikalangan Ketua-Ketua Umno Bahagian di Selangor dengan memutuskan untuk mencalonkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan Presiden Umno dan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.


Ulasan...

Saya agak kecewa dengan pengumuman ini. Hal ini tidak seharusnya berlaku selama mana mesyuarat cawangan dan bahagian belum dilaksanakan.

Ini menunjukkan UMNO memberi isyarat jelas kepada semua ketua bahagian dan ketua cawangan bahwa apapun yang akan di bangkitkan di dalam mesyuarat cawangan dan bahagian yang bersangkutan dengan pucuk pimpinan tidak akan dilayan.

Secara tidak langsung ini juga merupakan suatu ugutan terancang yang di laksanakan pucuk pimpinan.

Apakah ini kebebasan bersuara yang di laung - laungkan selama ini?

Apa yang pasti lebih sudu dari kuah..cakap tak serupa bikin.

Mungkin ada baiknya semua ketua bahagian yang sedia ada dan hadir pada mesyuarat bersama Tan Sri itu ditentang dan dipancung.

Apa yang pasti keputusan sebulat suara Ketua Bahagian tidak mewakili suara akar umbi dan amat mengecewakan terutama kepada golongan yang mahukan perubahan dalam UMNO. Segala harapan dan cita -cita untuk melihat UMNO berubah dan menjadi lebih baik nampaknya hanya tinggal satu angan-angan dan mimpi yang tidak menjadi kenyataan.

Apakah UMNO memang tidak mahu berubah dan tidak akan berubah..atau apakah UMNO ingin terus mengongkong dan membelakangi suara akar umbi.

Apakah pucuk pimpinan tidak mahu belajar dan terus ingin menunjukan sikap kuku besi, rakus , angkuh dan sombong.

Yang pasti...bagi aku ...Raja Adil Raja Ku Sembah..Raja Zalim Raja Ku Sanggah

Lawan tetap lawan…

Mail Naga.....