Tuesday, June 24, 2008

Menghampiri Mesyuarat Agung UMNO - mampukah UMNO dipulihkan?

Bulan Julai semakin menghampiri kita. Kalau selama ini ia tidak membawa sebarang makna yang berharga, namun kali ini semua mata mula tertumpu pada cawangan - cawangan UMNO yang akan memulakan mesyuarat agungnya.

Suara -suara sumbang, tegas , marah sudah mula kedengaran di merata tempat. Apa yang pasti usaha melobi dan merencana ketua dan AJK nya semakin rancak berjalan.

Persoalannya ,
Apakah mereka mereka ini merencana suatu jentera yang terbaik atau jentera yang terbalik?
Apakah nasib bangsa Melayu selepas ini?
Apakah akan ada perubahan drastik atau hanya satu percaturan plastik?
Apakah kita akan melihat kepimpinan UMNO yang lebih dinamik dan berketrampilan?

Semua ini akan terjawab bermula July ini. Namun apa yang masih dan terus menjadi kemusykilan golongan seperti saya, kenapakah UMNO masih terus dengan tradisi mencatur dan melobi.
Kenapa ahli masih terus dikongkong dan dibatasi oleh keinginan ketua?
Kenapa ahli tidak diberi ruang menyatakan pandangan dan pendapat sendiri ?
Apakah tokoh - tokoh yang dilobi itu berwibawa dan mampu memartabatkan kembali UMNO di persada perjuangan Melayu?
Apakah mereka ini mampu menjana idea baru, menerima pandangan ahli dan yang paling penting mampu bekerja untuk ahli bukan untuk dirinya semata mata?

Nama-nama yang kedengaran di telinga saya baik di peringkat cawangan dan bahagian masih lagi nama yang serupa yang kelihatannya semakin ketandusan idea. UMNO perlukan vitamin dan antibiotik bagi mematikan virus yang melata ditubuhnya sekarang ini.
UMNO perlukan kepimpinan dan muka baru yang dinamik , aggresif , matang serta berilmu. Namun kepimpinan lama yang berwibawa masih diperlukan demi menyeimbangi dan mencurahkan pengalaman dalam mendidik dan menjadi mentor kepada kepimpinan baru ini.

UMNO perlu lebih realistik dalam menetukan hala tuju perjuangan masa hadapan serta membangkitkan kembali semangat kepimpinan mudanya. Masa hadapan orang Melayu masih menjadi tunggak perjuangan UMNO.

UMNO perlu kembali kepangkal jalan. Kembali pada perjuangan ALIF, BA , TA.

AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR.





















HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ismail Rubani
25/06/08 10:17am

Thursday, June 19, 2008

KETUANAN MELAYU -- PENTING KAH?

Isu ketuanan bukanlah satu isu yang kecil. Ia melibatkan agama,
negara, maruah, dan bangsa Melayu. Mengapa?
Sedar atau tidak, umat islam di dunia kini berhadapan dengan satu
permasalahan yang sangat tenat iaitu AGAMA. Kita tidak perlu
memandang jauh, cukup sekadar kita lihat permasalahan di Malysia
sahaja.
AGAMA - kita sudah sedia maklum betapa sekarang Bangsa Melayu
berhadapan dengan keruntuhan akhlak dan moral sebagai umat islam. Isu
murtad, zina, arak, dan dadah ibarat sudah sebati dengan kita
menunjukkan betapa permasalahn ini sudah boleh dikategorikan
sebagai 'TENAT'. BANGSA MELAYU secara umumnya kita tahu pasti akan
beragam Islam, dan pentingnya untuk negara kita diterajui oleh
pemimpin yang beragam Islam, diketuai oleh Parti yang majoritinya
Islam. Dan pentinnya ada satu undang undang atau akta yang menyokong
kepentingan ini.

NEGARA - nama 'MAlAYSIA' sendiri sudah memberi maksud tersirat bahawa
negara ini adalah negara orang Melayu. Di manakah maruah kita sebagai
orang Melayu di tanah air sendiri tetapi dipimpin bangsa asing.
Betapa lemahnya orang Melayu ini???

MELAYU - sebelum negara kita dipanggil Malaysia, negara kita
dipanggil Tanah Melayu. Ini membawa maksud, kita sudah tiada tempat
lagi di dunia ini melainkan Malaysia.'Orang Cina', mereka ada tanah
besar mereka sendiri.'Orang India', awal awal kita sudah maklum ke
mana arah mereka nanti. Kemboja, Indon, Vietnam, Bangla, dan macam
macam lagi, mereka mempunyai tempat sendiri dan mereka mempunyai hala
tuju andai mereka terpinggir. Tetapi,Melayu? Ke mana mereka??

Selepas PR mendapat tempat di hati rakyat, konsep sama rata mahu di
ketengahkan oleh PR.Hahaha.. Bijak mereka berpolitik. Betapa
JAHANAMnya mereka mahu menjahanamkan bangsa sendiri!
Harus diingat, pecahan jumlah kaum di Malaysia bukan seperti Amerika,
atau Britain atau mana mana negara yang benar benar mempunyai kaum
majoriti.Bangsa Melayu di Malaysia kini tidak sampai pun 50%!
Perkiraan sekarang 40+%. Menunjukkan betapa krisis kebangsaan Melayu
di dalam kritikal!
Mereka heboh mahukan kesamarataan, mahukah kita jadi seperti
INDONESIA??
Atau mungkin mahu melihat nasib rakyat Melayu seperti Red Indian di
Amerika??
Atau mungkin mahu seperti puak peribumi Australia??
Adakah kita mahu akhirnya hak ketuanan kita diberikan selepas kita
terpinggir seperti kaum Red Indian??
Isu remeh? hahahaha.... Sungguh remeh...Sangat remeh!!
Usah terlalu taksub dengan janji ketulusan, kejujuran, kesamarataan,
itu semua B*** S***! Kenapa tidak boleh menerima hakikat bahawa
mereka semua adalah manusia biasa. Bukan Nabi! Mereka tetap akan
menyundalkan diri mereka! Politicians Is still Politicians!
Saya tak peduli tentang biasiswa, saya tak peduli tentang kuota dalam
universiti, tetapi kuasa politik! Kuasa politik menentukan hala tuju
Bangsa Melayu di Malaysia ini!
Sedarlah bangsaku semua!
Usah terlalu disogokkan dengan Saudara Islam. Sedangkan adik beradik
sendiri sanggup berbunuhan, inikan pula hanya bersandarkan kepada
agama?
Sedarlah! Relistiklah! Apa jadi dengan negara negara Arab ketika
Afghanistan, Iraq, Palestin diserang secara fizikal bertalu talu? Di
mana mereka? Di mana peluru berpandu mereka? Di man jet mereka? Di
mana askar mereka?
Sedangkan mereka menubuhkan Liga Arab, kononnya menunjukkan
persaudaraan, tapi mereka sendiri menyundalkan bangsa mereka sendiri!
Apatah lagi bangsa Melayu?? Yang hanya ada Malaysia sahaja!
Segala galanya terpulang pada kita!
Sebab itulah pentingnya ketuanan kita di negara sendiri!
bukan mahu menindas, bukan sebab tak mampu bersaing, bukan juga sebab
mahu tunjuk kuasa, tetapi sebab inilah! Sebab inilah yang kita perlu
jaga supaya sebab sebab ini tidak disundalkan kepada bangsa lain!
Maafkan saya andai kata kata saya kasar. Tetapi saya kesal melihat
betapa remehnya mereka mereka ini memandang perihal ketuanan Melayu
ini, dan betapa kesalnya bangsa saya bertelagah seama sendiri hanya
untuk beritahu siapa yang berkuasa!

Igatlah, di masa ini, Melayu sibuk MERANGKA RANCANGAN bagaimana mahu
BERSAING dengan bangsa lain, sedangkan bangsa lain sedang sibuk
MERENCANAKAN RANCANGAN mereka untuk MENJATUHKAN Melayu!
Di masa kita sibuk bertelagah perihal KUASA sesama bangsa, di masa
itu mereka mentertawakan KITA!

Selama ini, saya tak pernah pun peduli terhadap janji janji kerajaan,
apa yang mahu dilaksanakan, apa rancangan mereka untuk masa depan.
Saya tak pernah peduli! Bagi saya itu semua adalah janji politik!
Sekadar janji kosong. Buat bagus, tak buat, mereka mencari pasal!
Apa yang penting bagi saya, kebajikan rakyat terjaga, rakyat mampu
hidup aman, dan makmur. Rakyat mampu hidup bertamadun, dan bangsa
Melayu selamat bukan setakat kita, tapi juga untuk anak anak cucu
kita kelak.

Mengapa harus bersikap begini?
Bercakap seolah olah mereka adalah Nabi,begitu pasti menunaikan janji.
Benjamin Franklin pernah berkata, "Politics makes you to be a liar,
sometimes makes you a murderer"!
Ingatlah, soal Bangsa bukan perkara yang boleh dikompromi.
DONT U NEVER EVER COMPROMISE WITH OTHERS IF U NEVER WANT TO
COMPROMISE WITH YOURSELF(bangsa sendiri)!

Renung renungkan dan selamat beramal!