Tum Mahathir akhirnya menyahut seruan untuk meninggalkan UMNO untuk sementara selama mana kepimpinan tidak bertukar tangan. Pak Lah masih terus dilamun angan-angan untuk terus menjadi PM kerana masih banyak yang perlu dilaksanakan, soalnya siapakah yang benar?
Bagi saya kedua-duanya benar dan kedua-duanya salah. Yang pasti perlakuan keduanya telah banyak membawa perpecahan kepada UMNO dan Melayu. Zaman pemerintahan Tun UMNO berpecah dua kali. Pertama ketika pecahnya Semangat 46 dan akhirnya terbentuk UMNO baru dan ahli pertamanya adalah Tun sendiri. Kedua ketika pemecatan Anwar Ibrahim yang mana Anwar pada hari ini dilihat sebagai hero baru kaum India.
Dinasti Pak Lah menjadi perkara ketiga menyumbang perpecahan ini akibat kerakusan beliau membina empayar beliau.
Namun walau apapun alasan mereka , mereka sebenarnya boleh dianggap bertanggung jawab atas perpecahan UMNO dan Melayu. Kedua-duanya adalah manusia - manusia angkuh yang bertindak atas kepentingan peribadi dan bukan atas kepentingan parti mahupun orang Melayu.
Dapat dilihat dengan jelas di Puchong ini ,pemimpin-pemimpin disini lebih menjurus kepada perjuangan peribadi, membawa masuk dan mengangkat adik beradik sendiri, menjunjung kroni yang sepatutnya pergi membawa diri.
Namun inilah hakikat yang harus diterima bahwa UMNO hari ini tidak lagi mendukung perjuangan Alif,Ba, Ta, tidak lagi menjunjung keluhuran perlembagaan dan tiada lagi kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Segalanya hanya tinggal slogan yang dijerit dan dilaungkan namun hakikatnya kosong dan hampa.
Mampukah UMNO berubah?
Pemilihan agung kali ini akan menjadi bual bicara samada UMNO akan dijunjung kembali atau dikubur kebumi.
Teringat aku sajak seorang peserta kongress permuafakatan Melayu
Yang bunuh Melayu itu Melayu,
Yang gadai tanah Melayu itu Melayu
Yang lalai bahasa Melayu itu Melayu,
Cina tak berani bunuh Melayu,
India tak mampu bunuh Melayu..
Sama-samalah kita fikir-fikirkan.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)