Asalamualaikum,
Wahai sahabat fikir- fikirkanlah...
65% daripada 178,038 pelajar BUMIPUTERA lepasan SPM & STPM GAGAL mendapatkan tempat di IPTA
(Kajian Institusi Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia)
Jika 10% pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar bukan bumiputera, ini bermakna:
10% x 120 000 = 12 000 pelajar!!!
DI MANA & KE MANAKAH 12 000 orang pelajar BUMIPUTERA ingin MENYAMBUNG PELAJARAN??? Fikir-fikirkan…
Statisitik pelajar di IPTS:
| Tahun | Jumlah | Bumiputera | Bukan Bumiputera |
| 1997 | 140 000 | 5% ( 7 000 ) | 95% ( 133 000 ) |
| 2000 | 200 000 | 15% ( 30 000 ) | 85% ( 170 000 ) |
| 2005 | 322 891 | 30% ( 96 867 ) | 70% ( 226 024 ) |
HANYA 35% pelajar BUMIPUTERA berjaya menempatkan diri IPTA & IPTS. DIMANAKAH KEADILAN???
Mengapa bukan 65% mengikut komposisi penduduk Malaysia???
Kesian anak Melayu 12,000 ini, pengambilan UiTM cuma dua kali setahun, mana anak Melayu nak pergi, cuba fikir kalau tak ada UiTM.
Belajar dari sejarah saudara, sejarah tanah melayu dan islam (cth terbaik negara turki). Nak minta tolong pun, bukan dengan orang kafir (Nauzubillahminzali k). Rasullullah sendiri berpesan pada kita. Kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Sejahat2 orang melayu ni, masih ade perikemanusiana lagi dan masih rase selamat lagi. Once DAP dah masuk, mulut encik sabri pun terkunci sekali.
Wassalam.
2 comments:
Assalamualaikum saudara,
Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sememangnya suatu contoh atau model kegagalan yang amat jelas hasil dari perjuangan UMNO. Beliau mungkin berpendidikan tinggi dan terpelajar malah mempunyai 'resume' yang hebat sebagai tokoh korporat.
Izinkan saya berkongsi beberapa perkara di sini.
1) Graduan UiTM diperakui jauh lebih berkualiti dan berdaya saing berbanding graduan IPTA & IPTS lain. Saya sendiri mengalaminya apabila menghadiri temuduga di sebuah syarikat multi-nasional yang juga merupakan salah-satu gergasi korporat dunia. Dengan tidak berselindung, pengurus Sumber Manusia yang menemuduga saya menyatakan hanya 3 kumpulan graduan yang layak menyertai mereka iaitu UiTM, Kolej TAR dan Luar Negara. Saya amat bersetuju kerana kami di UiTM terpaksa membawa jumlah jam kredit yang jauh lebih tinggi dari rakan-rakan kita yang mengambil ijazah di IPTA. Kita terpaksa habiskan satu buku dlm masa 6 bulan sedangkan buku yang sama di IPTA 1 tahun. Penguasaan Bahasa Inggeris kami terlalu jauh lebih baik berbanding siswazah IPTA.
2) Persaingan sesama kami juga amat sengit dan mencabar. Ini adalah kerana bukan hanya Melayu & Bumiputera sahaja di dalam UiTM, malahan segala jenis bangsa ada di dalamnya. Pergilah ke mana-mana UiTM dan anda akan lihat sendiri muka-muka Dolah, Samy, Ong, Borneo, Bush, Makalele semuanya ada dan semuanya adalah Melayu dan Bumiputera. Saya rasa Melayu lah bangsa yang berbagai2 warna kulitnya. Ini kerana perlembagaan itu sendiri telah menetapkan bahawa jika Mamat+Minah=Melayu, Mamat+Minachi=Melayu, Mamat+Ah Moi=Melayu.... pendek kata... tak kiralah samada si Mamat atau si Minah, kalau mereka kawin dgn apa bangsa pun.... maka anak2 mereka adalah Melayu.
3) Jangan terkejut juga jika anda berkunjung ke UiTM dan ternampak botol/tin minuman keras (jika anda bernasib baik) yang jelas menunjukkan perbezaan etnik dan budaya meskipun semua mereka adalah Melayu dan bumiputera. Ini kerana anda tidak sahaja melihat tin bir, anda juga akan lihat stout, tuak.... dan kadang2 todi pun ada.
Maka, saya mengutuk sekeras2nya pendapat bodoh TSKI itu. Beliau tidak pernah menyelidiki sesuatu perkara sebelum mengeluarkan kata-kata. Itu sebabnya semasa pilihanraya kecil Ijuk, beliau telah melaungkan "Undilah Barisan Nasional"!!!!
Buat sahabat2 UMNO, teruskan perjuangan anda. Kita mesti melindungi 'hak' dan 'kepentingan' Melayu sehingga ke titisan 'air nikmat' yang terakhir. Kita mesti halang, serang dan ganyang orang-orang Melayu yang berlawanan dengan kepentingan kita. Kita mesti pastikan Melayu di luar UMNO lemah dan hanya boleh bersungut seperti TSKI. Apa dia boleh buat? Cakap saja.... kita bukan sekadar bercakap... kita dah pun buktikan dengan menjahanamkan kuota anak bangsa dan menjunjung meritokrasi.
Kita mesti lawan Melayu2 di luar sana agar jangan biadap lagi dgn kita.
Tidakkah TSKI dan Melayu2 di luar sana tahu siapa kita? Kita adalah pejuang Melayu yang bermata sepet, berkulit hitam, berbaju cheongsam dan bercukin dothi. Tidakkah mereka itu sedar bahawa darah Kitul & Mendeliar itu membuak2 di dalam urat nadi kita. Mereka ada apa? Tok Bahaman, Datuk Maharajalela?? Mereka hanya mampu membunuh beberapa ekor penjajah. Tapi kita? Kita memerdekakan negara ini. Mereka tahu apa? Ingatlah saudar2 UMNO ku.... kita bukan anak kecil yang bermain api lalu terbakar dirinya yang sepi. Itu adalah TSKI dan Melayu2 tak sedar diri di luar sana. Kita adalah api yang membakar anak kecil itu sehingga menitis air mata darahnya, merentungkan kaki mereka hingga tak mampu berpijak di tanah yang telah lama kita jualkan ini. Hidup UMNO!!!!!!!!
Sahabat,
Guna 'Reverse Psychology" nampak...
Namun yang pasti dalam yang "TERSURAT" ada yang "TERSIRAT"... Tuan melihat dari sudut yang kritis dan punya suatu nilai keseimbangan apa pun ..samada UMNO, PKR dan PAS...semuanya berkepentingan peribadi yang menggunakan isu BANGSA dan AGAM demi mencari pengaruh ...akhirnya yang hancur dan lebur..adalah "ANAK CUCU MAT KILAU"
Post a Comment