Tuesday, August 5, 2008

TIADA LAGI DEMOKRASI ...PERLUKAH DIPULAU PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN

Asalamualaikum,

Kita semakin bersedih hari ini...dalam kelemahan dan kekurangan UMNO hari ini..kita masih terus dibelenggu oleh sikap pentingkan diri sendiri. Kita masih terus dipacu dan dipandu untuk menentukan masa depan perjuangan Melayu.

Apakah UMNO masih terus ingin terpinggir dan dipinggir...tidak adakah sekelumit kekecewaan pada kepimpinan dengan situasi yang berlaku?

UMNO perlu diperbaiki dan dikemas kini..namun apa yang berlaku masih cerita lama..masih cerita kosong dan masih lagu kekecewaan.

Perjuangan untuk anak BANGSA semakin di BANGSATKAN oleh kepimpinan yang HAPRAK dan TAMAK!!!

Kebebasan BERSUARA yang hanya RETORIK dan PENIPUAN yang DI KONGKONG oleh tangan-tangan GHAIB.

Yang Pasti...

UMNO dulu penuh dengan PEJUANG
Kini dipenuhi PETUALANG
Dan selamanya kita kan berhati WALANG,
Semuanya kerana Pemimpin berhati JALANG
Yang berjuang hanya untuk harta dan WANG,
Sepatutnya mereka ini di TENTANG,
Demi Agama dan Bangsa aku rela BERJUANG,
Mengembalikan MARUAH dan bangsa TERBILANG

Nota:

Mengambil kata cili padi (baca komen beliau di artikel suatu renungan..hasil pena seorang sahabat) kalau lah pejuang lama itu hidup kembali..maka bertempiranlah pemimpin hari ini dikejar zombi...dan kita sudah pasti tidak mahu duduk dekat dengan mereka kerana zombi mencari yang busuk hatinya...


Bak kata pepatah ;

NAK DILUAH MATI EMAK NAK DITELAN MATI BAPAK..beginilah nasib orang Melayu..

Wallah hu alam.....

4 comments:

Remy said...

Chayalah Bro. I'll come and visit U :D

apai said...

Melayu-Melayu itu
Sememangnya penuh dungu
Dengan Tuah yang tiga suku
Dengan Jebat yang naik hantu
Dengan Lekir Kasturi Lekiu yang buat tak tahu

Melayu-Melayu itu
Sememangnya berakal sepatu
Menentang meriam dan peluru
Dengan keris kontot berliku

-mujur ada tuk Kitul dan Mendeliar kita
yang bukakan pintu kubu
agar tidak banyak yang mati Melayu-Melayu itu

timbul Melayu baru
Bahaman Mat Kilau
Ber Maharajalela semaunya

-mujur tuk Kitul dan Mendeliar kita
sudah berwasiat
akan apa yang perlu dibuat

tidak berhenti di situ
Onn Jaafar mengkhianati
konon mahu menyatu Melayu kembali
Agar bermaruah berpijak di bumi

-mujur kita tidak pernah lupa
pesan nenda-nenda kita
“singkir atau bunuh saja jika perlu”
ha ha ha…. Matinya membawa malu

Terlalu banyak yang
Diajar dan dipesan tuk nenek
Kitul dan Mendeliar kita
“tanahair ini bukan untuk dipertahankan….
Tetapi untuk diperdagangkan….”

Mereka juga berpesan :
“jika suatu hari ada Melayu
yang mengeja Alif Mim Nun Wau itu sarkas…
jangan kalian marah… kerana itu
bermaksud kalian sedang ke arah
kesempurnaan…”

tapi sekarang
kita tidak mahu keras
seperti dulu
perjuangan ‘Melayu’ kita sudah di mercu

betul kata nenda Kitul Mendeliar kita
perjuangan kami pasti ada labanya

tapi….
Mengapakah malam kita tidak lena
Siang kita bagaikan neraka
Dan…. Hati kita
Bagai ditusuk sembilu berbisa?

Ismail Rubani said...

Aku masih berdiri bagai MIM..hilang dinaungan LAM ALIF...yaqin didalam YA..dan taqwa, tunduk berserah dengan WAU..

MELAYU....!!!!!

apai said...

Sahabat...
versi asal sajak ini saya lampirkan. Di bawahnnya adalah sajak yg telah saya ubahsuai.

MENTERA PATRIOT BANGSA

Kita langir keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar membara dupa bangsa
Dengan tangkas pencak
Sang wira di medan laga

Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati

Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang
Bagai kijang bermukin di hutan
Kemas pencakmu berhadapan lawan
Bagai sang harimau siaga menerkam

Hei, jati diri kau pasakkan
Musuh kau tumbangkan
Rantai penjajah kau leburkan

Tegak sendi maruah bangsa
Pencak budi memaknakan merdeka

Oleh:Shukri Abdullah



MENTERA PATRIOT BANGSA
(versi baru)

Kita lebur keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar rentung dupa bangsa
Dengan tempang songsang pencak
Sang wira di medan laga

Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani palsu digenggaman pejuang ketuanan

Hei, pincang langkahmu di tengah gelanggang
Bagai si paus bermukim di hutan
Lembik pencakmu berhadapan lawan
Bagai sang harimau pondan merayu pelanggan

Hei, jati diri kau pasakkan dengan wang ringgit dan noda
Musuh kau tumbangkan dengan rasuah berjela
Rantai penjajah kau leburkan
Kau cairkan dan simbah laharnya ke ibunda

Patah sendi maruah bangsa
Pesta kafiri kau aminkan doanya
Lalu kau dengan bangga
Mengatakan itulah makna merdeka