UMNO JADI PAKAR MOTIVASI
Sekian lama baru kini saya sempat meluangkan masa menulis di sini. Harap kepada semua teman-teman di prowaris sihat dan ceria. Saya sekadar berkongsi pendapat di sini. Saya sedikit jengkel dengan apa yang berlaku dalam politik UMNO hari ini, bukan menyebelahi pembangkang Cuma cara UMNO memperjuangkan nasib Bangsa Melayu tidak ubah sebagai seorang pakar motivasi bagi kaum lain.
Setiap kali persidangan UMNO atau sebarang perhimpunan pemimpin UMNO kita sering mendengar laugan semangat Melayu, hidup Melayu dan pelbagai perancangan untuk meningkatkan kaum MELAYU tapi semuanya lebih sebagai satu retorik yang cuba dimainkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini yang tidak lebih kepada mengejar matlamat politik mereka semata-mata.
UMNO diberi masa sehingga 50 tahun untuk memerintah, dalam masa 50 tahun itu tidak mereka diberi kepercayaan untuk membawa orang MELAYU ketahap yang lebih baik. Hampir sebahagian besar orang MELAYU berjuang di belakang UMNO dengan harapan supaya nasib mereka dibela. Namun selepas 50 tahun tidak banyak perubahan terhadap nasib MELAYU. Jurang ekonomi antara MELAYU dan BUKAN MELAYU dilihat semakin ketara. Usaha UMNO selama 50 tahun tidak menemui kumpulan sasaran malah MELAYU gagal bersaing dalam ekonomi dengan orang bukan MELAYU keadaan ini menyumbang pelbagai masalah berantai.
Saya masih ingat ketika tahun 2004-2005 masalah graduan menganggur menjadi satu isu Nasional. Para Menteri dan pemimpin politik bergilir-gilir mengeluarkan pendapat mereka, tidak terkecuali pemimpin-pemimpin MELAYU dari UMNO. Apa yang sangat menyedihkan KERAJAAN khasnya PEMIMPIN UMNO MELAYU yang diharap membantu graduan-graduan MELAYU ini menunding jari kepada graduan MELAYU itu sendiri. Graduan MELAYU dikatakan tidak berdaya saing, mempunyai keputusan peperiksaan yang rendah dan tidak menguasai BAHASA INGGERIS. Semua pemimpin ini tidak bertindak RASIONAL sebaliknya menghentam graduan MELAYU. Persoalannya adakah GRADUAN BUKAN MELAYU itu berdaya saing, mempunyai keputusan peperiksaan yang baik dan menguasai BAHASA INGGERIS? Atau kelemahan ekonomi orang MELAYU sendiri menjadi punca GRADUAN MELAYU menganggur? Cuba pemimpin-pemimpin ini fikirkan kenapa tidak ada pengangguran dikalangan graduan BUKAN MELAYU khasnya kaum CINA? Bukankah masalah ini lebih kepada masalah KEPIMPINAN MELAYU? Adakah pemimpin-pemimpin MELAYU UMNO ini telah menjalankan tugas mereka dengan BAIK? JIKA BAIK adakah sebaik PEMIMPIN-PEMIMPIN KAUM LAIN khasnya KAUM CINA? Saya melihat pemimpin-pemimpin MELAYU UMNO apabila berhadapan dengan masalah selalu saja mengeluarkan kenyataan yang menunding jari sekadar melepaskan tanggungjawab mereka. Apa yang sepatutnya PEMIMPIN MELAYU UMNO harus mencontohi pemimpin BANGSA LAIN yang tegas memperjuangkan nasib bangsa mereka BUKAN SEKADAR BERCAKAP DAN BERJANJI KOSONG.
Ambil contoh bagaimana pemimpin CINA di MALAYSIA, mereka berpolitik secara matang kepentingan BANGSA CINA menjadi keutamaan mereka sejak dari 50 tahun yang lalu. Mereka terus memonapoli sector ekonomi kita dengan ikatan dan rangkaian yang semakin kuat dari sehari ke sehari. Mereka juga berpolitik tetapi jelas tentang PERJUANGAN BANGSA. Itu merupakan kunci kejayaan BANGSA CINA di MALAYSIA. Seorang PEMIMPIN yang BERJAYA adalah seorang PEMIMPIN yang bersedia memikul TANGGUNGJAWAB.
APA HAK KEISTIMEWAAN MELAYU? Adakah PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UMNO ini benar-benar berjuang untuk HAK KEISTIMEWAAN INI? MASIH ADAKAH HAK KEISTIMEWAAN INI? Bermula dengan pengiktirafan INSTITUT PENGAJIAN SWASTA kemudian MERITROKRASI, PENGAJIAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS,BIASISWA dan GALAKKAN BUKAN MELAYU KE SEKTOR AWAM.
PERSOALANNYA SIAPA yang layak ke IPTS ? Mampukah orang MELAYU ke IPTS?siapakah yang paling ramai mendapat manfaat dari pengiktirafan IPTS? Apakah jaminan MERITROKRASI? Dimanakah kedudukan BAHASA MELAYU? Berapa nilai BIASISWA MELAYU? BOLEH KE MELAYU BERKERJA DENGAN SWASTA YANG DIKUASAI MAJIKAN BUKAN MELAYU dan APAKAH NASIB MELAYU DI SEKTOR SWASTA?
SEDARKAH dasar-dasar ini merupakan pencabulan hak keistimewaan melayu secara HALUS dan berperingkat. KITA tidak nafikan ada orang MELAYU yang berjaya dalam dasar-dasar ini persoalannya BERAPA BILANGAN ORANG MELAYU YANG BERJAYA? Atau ia lebih bermanfaat kepada BANGSA LAIN? TERBARU dalam krisis MINYAK dan kenaikan harga barang-barang dipasaran serta kesan berantai yang lain. PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UMNO meminta agar kita MENGUBAH GAYA HIDUP. CONTOH YANG DIBERIKAN JIKA TAHUN LEPAS KITA MELANCONG LUAR NEGARA TAHUN INI KITA MELANCONG DALAM NEGARA. JIKA TAHUN LEPAS KITA MELANCONG DUA KALI, TAHUN INI KITA MELANCONG SEKALI SETAHUN. JIKA KITA PERGI BERKERJA BERASINGAN SEKARANG KITA BERKONGSI KERETA.
SAUDARA di prowaris adakah contoh-contoh ini ADIL? Kenapa pemimpin kita mengeluarkan kenyataan ini? TIDAKKAH mereka terfikir NASIB orang yang GAJI sekadar cukup keperluan? SEKADAR UNTUK MAKAN SEKALI SEHARI? MENUNGGANG MOTOR? BERHUTANG UNTUK MEMBAYAR WANG KEPERLUAN SEKOLAH ANAK. APA LAGI YANG HENDAK DIAMBIL DARI PADA MEREKA INI? CUBA FIKIRKAN? DI KUALA LUMPUR BERAPA RAMAI MELAYU DI FLAT-FLAT yang hidup susah duit sekdar cukup MAKAN DAN PAKAI itupun masih berhutang untuk kes-kes KECEMASAN anak sakit atau sebagainya? Tahukah berapa pendapatan seorang PEGAIWAI KESELAMATAN? PEMANDU TEKSI? KERANI? APALAGI HENDAK DIAMBIL DARI MEREKA INI? UBAH GAYA HIDUP YANG BAGAIMANA?
APABILA krisis inflasi melihatkan kemungkinannya. Semua bantuan terarah kepada KAKITANGAN KERAJAAN. Penyelarasan GAJI, ELAUN DAN BONUS? APAKAH nasib PEKERJA SWASTA? SEBAGAI rakyat Malaysia adakah pekerja swasta tidak layak mendapat ELAUN SARA DIRI? Siapa yang membela pekerja swasta? Apakah bantuan kerajaan kepada PEKERJA SEKTOR SWASTA? PALING UTAMA APAKAH NASIB MELAYU DI SEKTOR SWASTA? ADKAH MEREKA DIADILI dengan sewajarnya oleh MAJIKAN BANGSA ASING? ADAKAH JAMINAN perkerjaan pekerja SWASTA? ADAKAH pemimpin MELAYU UMNO boleh memastikan tidak ada DOUBLE STANDARD antara pekerja MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI SEKTOR SWASTA? Gaji kakitangan KERAJAAN dinaikkan, kesannya ada kenaikkan kepada pemintaan dan seterusnya kenaikkan taraf hidup. PERSOALANNYA bagaimana dengan taraf hidup pekerja MELAYU disektor SWASTA? Adakah TURUT SAMA NAIK? WAJARKAH ELAUN SARA HIDUP DIBERIKAN KEPADA semua peringkat KAKITANGAN KERAJAAN? Atau lebih elok ia digunakan untuk membantu MELAYU berpendapatan di bawah RM1500?
KERAJAAN menggalakkan orang BUKAN MELAYU menyertai sektor KERAJAAN. Sedarkah ini membuka lebih pilihan kepada mereka? Sedangkan orang MELAYU hanya ada satu PILIHAN iaitu berkeja dengan KERAJAAN. Ini kerana majikan di sektor SWASTA dikuasai oleh BUKAN MELAYU yang sudah pasti akan ada alasannya untuk mengetepikan GRADUAN MELAYU dengan pelbagai alasan (yang kemudiannya disokong oleh pemimpin melayu). Kita kena rasional dalam ketidakseimbangan penguasaan ekonomi antara MELAYU dan BUKAN MELAYU SEKARANG adalah tidak wajar tanggungjawab membela NASIB MELAYU dilepas kepada SEKTOR SWASTA. Adakah jaminan orang MELAYU tidak ditindas? Kerajaan BELUM MAMPU memberikan peluang pekerjaan kepada semua rakyat DALAM SEKTOR KERAJAAN dan JIKA MAMPU ia juga buka LANGKAH YANG BAIK. OLEH ITU adalah penting untuk KERAJAAN KHASNYA PEMIMPIN MELAYU SEGERA MEMBANTU DAN MERANGKA SATU PLAN UNTUK MELAHIRKAN RAMAI MAJIKAN-MAJIKAN MELAYU. Jurang penguasaan sektor swasta antara MELAYU dan BUKAN MELAYU mesti di atasi segera bagi membantu EKONOMI MELAYU.
PEMIMPIN MELAYU UMNO diharap tidak hanya bersidang dan bercakap tentang NASIB MELAYU sebaliknya SEGERA BERTINDAK MERANGKA STRATEGI UNTUK ORANG MELAYU DAN MEMBELA NASIB ORANG MELAYU. TINDAKKAN BERCAKAP TENTANG PERJUANGAN MELAYU DI KHALAYAK UMUM KHASNYA MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR DAN MEDIA ELETRONIK ADALAH TIDAK WAJAR JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN KEBERANIAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK BERTINDAK.
LIPUTAN AKHBAR DAN MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP PERSIDANGAN HAK-HAK MELAYU DAN BANGSA MELAYU BUKAN SESUATU YANG BAIK. LEBIH-LEBIH LAGI JIKA IA SEKADAR BECAKAP KOSONG INI KERANA BANGSA LAIN AKAN MENDENGAR DAN BERTINDAK SECARA SENYAP-SENYAP DAN AKHIRNYA IA MENJADI MOTIVASI KEPADA KAUM LAIN UNTUK BERJUANG LEBIH GIGIH SEDANGKAN KITA HANYA BERCAKAP KOSONG.
2 comments:
assalmkm semua. Aku telah membaca "suatu renungan" . dan aku dapati ini pandangan peribadi aku. kuasa merintah adalah orang melayu dari segi politik, tpi kuas ekonomi dipegang oleh bagsa lain terutamnya orag cina. bagaimana bangsa asing boleh maju dalm ekonomi dan terus maju dan bagaimana orng melayu yg punye kuasa dan hak keistimewaan tidak byk berubah dn peratusnye pun rendah. bagi pandangan aku . Sikap sesetengah pihak yang begitu tamak dan cuba membolot keuntungan dengan mudah.Yang dah dapat kerja-kerja besar pun bukannye ada duit sangat.lalu ditawarkan pada kontraktor melayu dengan sebut harga yang tidak manasabah. ini mungkin belaku, aku mana tahu tak pandai meniaga.pasal nak daptkan kerja ambik la dengan margin keuntgan yg rendah.Yang jual projek pun satu hal, nak untung atas angin je. tu la sikap orang melayu. Silap hari bulan untung pun tak tentu dapat. Tanyala diri sendiri orang cina mana ada nak rugi. dia orang letak harga tinggi tapi manasabah.pikir-pikirla sendiri. Bab persatuan . Orang cina berpesatuan memang kuat dan mereka ada pendirian dan matlamat untk majukan bangsa cina. Berapa banyak persatuan orang cina kalau dibandingkan dengan persatuan orang melayu. Persatuan yang mana membantu meningkatkan ekonomi ahli persatuan. Yang aku dengar kalau setakat persatuan orang melayu yang kecik2 pun ada penyalahgunaan kuasa. lagi besar lagi kuat salah guna kuasa dan mainkan peranan untuk diri sendiri. Aku bukan nak banggakan bangsa asing tapi ini lah hakikatnya. Bangsa asing ikut cara semut bekerjasama antara satu sam lain. Tapi bangsa Melayu kalau boleh yang kerdil ditindas2 pasal dia sorang nak kaya.Sikap orang melayu Mudah Lupa diri dan PHD. Sebab tu ekonomi orang Melayu susah nak naik peratusannya. Aku ni kuli je, tapi tahu sikit la . Nak aku cite banyak2 kang ada pulak yang terasa. Yang aku nampak sesetengah orang melayu nak untung cepat je dan menindas yang kerdil tanpa disedari. Dimanakah sistem Payung dalam perniagaan orang melayu.Mana ada . ok aku nak sambung lain kali. banyak lagi boleh kongsi besama. aku nak p gali parit . cukup la projek kecil2an . cepat siap cepat dapat duit katanye. biasa lambat la. Kalau mainkon dapat aku dapat, tak dapat kena tunggu la . nak buat macam mana. aku lesen kelas F pun takda. Ha yang ni aku akan cite kemudian. ada lagi.................dan lagi......................... Kisah orang Melayu ni banyak hikayatnya. kalau tak caya tanye la kawan2 lain. lebih kurang je macam aku cakap.................
assalamkm. semua . Moga Allah memberkati kehidupan kalian. Disini saya ingin membicarakan sedikit sebanyak tentang pemilihan UMNO. Aku rasa UMNO dulu gengan sekarang ada beda sikit la. Dulu dia orang benar2 memperjuangkan orang melayu, tetapi umno sekarng kena pandai belakun dan kena pandai baca script . Nak lari sikit2 takpa tapi tajuk asal dan matlamt asal tak boleh lari. Kini kebanyakan adalah dasar kepentigan peribadi. minta maaf la cakap. aku pun kena tempias juga , tertipu dengan mainan politik ala holywood bolywood akhirnye meliwood. Tapi disebabkan perpaduan aku teruskan juga demi kepentingan masyarakat taman aku tinggal. Sedih aku bila desas-desus bunyi lain macam je. Nak kata apa makan dah la semeja , nak tak nak bedal je pasal perut dah lapar.kalau la ahli2 UMno yang telah memperjuangkan hak bangsa dan yang telah meninggaldunia. Dan diizinkan Allah swt. dihidupkan kembali akan menangkis dan memusnahkan mereka2 ini. Apa tak percaya, contohnye, ada tengok zombi kampung pisang tak. Haa... macam tu la dia orang yang hidup lari tempiaran. Mana tahu jadi betul2. Ini kehendak tuhan nak tunjukan akan penyelewengan yang belaku. Apa macam ada berani....... Silap2 aku pun cabot juga, bukan takut apa2.. zombi ni cari yang dia suke je . Otak2 yang busuk yaitu pemikiran yang selfish. Aku cabut pasal tak tahn bau busuk bila zombi tekentut nanti............ Ada lagi pasal sikaporang umno ni. lain kali cerita lagi....
Post a Comment