Thursday, August 28, 2008

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh


26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:

- Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
- Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
- Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.


Tengku Razaleigh Hamzah


PAK LAH MUST GO NOW!!!!!!!!!!!!!!!..ismail rubani

1 comments:

apai said...

Izinkan saya berkongsi satu kisah lawak nan duka lagi nestapa.

Pemuda cawangan kami menganjurkan konvoi merdeka dengan sambutan kuat dari para putera. Rancangannya untuk berlepas pada Sabtu pagi, 30 Ogos dari Klang ke Perak. Semuanya diuruskan sendiri kerana peruntukan VIP-VIP UMNO tak diberi.

Nak jadi cerita... Jumaat malam semua dapat berita. Acara batal... tinggal mimpi sahaja. Pemuda & putera perempit-perempit berjaya telah menderhaka! Dimaklumkan oleh ketua... bahawasanya PKR memberikan peruntukan kepada mereka... kenapa tunggu UMNO yang tak kunjung tiba? Maka... tiadalah acara... tiadalah berita dalam media... tiadalah apa-apa lagi mahu pun harga diri.

Sedih dan pilu bila berita sampai kepadaku. Bukan kerna penderhaka-penderhaka itu... Tapi kerna kita.... YA!!!! Kita.... UMNO yang mengaku pejuang tetapi sebenarnya mendidik dan melahirkan petualang.

Usah disebut semangat merdeka kerana ruhnya telah lama sirna. Usah dimarah anak-anak muda penderhaka kerana itulah hasil didikan kita para pejuang bangsa kononnya.

Telah kita ajar dan asuh mereka dengan wang ringgit dan kemanjaan, sehingga walau tampak gagah tetapi rupa-rupanya pondan!

Sahabat... ini baru satu cawangan, belum putera2 melayu keseluruhan. Jangan dimarah jangan ditangan... kerna mulut kita yang memarahi itulah yang mengajar mereka kepuraan... kerna tangan2 kitalah yang menghulurkan RASUAH(yang KITA@UMNO halalkan sebagai SUMBANGAN) agar kita sentiasa dapat sokongan.

Sememangnya jasa UMNO terlalu besar terhadap orang Melayu. Dari keturunan pendekar dan pahlawan menjadi pondan. Dari utuhnya gotong royong dan kesatuan menjadi polong dan haiwan.

Syabas UMNO!!! Setelah kita bersatu dan bersetuju membawa meritokrasi... apa lagi agaknya yang boleh kita buat untuk mencekik darah dan maruah bangsa sendiri...