Keputusan Pak Lah untuk terus memerintah sehingga 2010 adalah merupakan titik tolak kehancuran UMNO. Beliau terus cuba mempengaruhi akar umbi dengan disokong oleh kepimpinan - kepimpinan haprak yang seolah oalh tidak mahu mengerti atau memang tidak mahu ambil tahu.
Apa yang penting adalah memperjuang dan mempertahankan kedudukan masing-masing tanpa mengambil kira keadaan politik semasa dan pandangan akar umbi.
Beliau terus mendabik dada bahwa masih banyak kerja yang tidak terlaksana dan hanya beliau yang mampu merubahnya. Kenyataan yang dapat dilihat beliau gagal dalam melaksanakan tugas dengan baik. Yang pasti DS Najib akan terus menjilat jari apatah lagi jika berlakunya penentangan terbuka hasil dari suara ahli akar umbi.
Kebanyakan pemimpin terus menerus membodek dan memuji atas kepentingan sendiri , tidak banyak yang berani membangkang atau menegur kecuali TS Mahyudin dan Tg Razaleigh.
Kita mahukan nafas baru yang mampu menjana kestabilan politik dan ekonomi di negara ini, dan Pak Lah bukanlah orangnya. Keengganan beliau untuk turun sekadar merencatkan perkembangan ekonomi dan sekadar mengundang perpecahan yang lebih besar dalm UMNO.
Kita tunggu apa reaksi ahli UMNO bermula mesyuarat cawangan minggu depan. Apakah ada cawangan yang berani dan mampu bangkit menentang ketetapan ini, atau ahli UMNO memang selesa dan seronok dengan kekalahan PRU12 seterusnya mengekalkan suatu bentuk kepimpinan yang lemah dan tidak bermaya.
Apakah ahli UMNO memang tidak mahu berjuang dan tidak peduli tentang masa hadapan anak anak bangsanya?
Namun yang pasti bagi saya lawan tetap lawan..
Biar putih tulang jangan putih mata
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mesyuarat Agong UMNO Puchong Indah 1 akan diadakan pada hari Ahad 20/7/2008 di Bilik Gerakan yang kini kononnya akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan PR.
Sejak dua tiga minggu ini kedengaran suara suara berkempen bagi pemilihan jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian. Yang pastinya Ketua Bahagian masih lagi tidak dipertandingkan (kalau betul), maka selamatlah YB Dato' Satim Diman ADUN Sri Serdang untuk mengekalkan jawatan tersebut.
Agak malang juga di bahagian Puchong ini yang mana jawatan jawatan tertinggi ini telah diaturkan tanpa mendengar sura dari akar umbi. Ahli ahli UMNO cawangan yang akan hadir di mesyuarat agong nanti mungkin tidak berpeluang untuk mencalonkan orang orang yang mereka fikir layak untuk memegang jawatan tertinggi itu kerana segala percaturan telah ditetapkan. Bayangkanlah apa perasaan ahli ahli kerana Ketua UMNO Bahagian tidak pernah hadir ke cawangan sejak Pilihanraya Umum (PRU)12 yang lalu. Agak mengecewakan kerana kalau diperhatikan Pakatan Rakyat (PR) selalu sahja turun padang memberi ceramah ceramah, tetapi UMNO bukan kata jarang jarang malah boleh dikatakan tiada langsung untuk turun ke akar umbi bermesra dengan ahli ahli yang selama ini menyokong BN.
Apakah langkah langkah yang akan dan telah diambil oleh UMNO Bahagian Puchong untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN. Apakah usaha UMNO untuk meyelamatkan bilik gerakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri. Mana Ketua, Timbalan, Naib dan AJK Bahagian? Adakah mereka ini sibuk berkempen bagi mempertahankan kedudukan masing masing tanpa memikirkan dan menghiraukan halatuju ahli ahli UMNO sekarang. Bagaimana nak mengajak anak anak muda supaya nereka sedar hanya UMNO sajalah yang memperjuangkan hak hak orang melayu. Jangan jadi seperti di Pulau Pinang dan Perak. Tanah dikampung kampung baru yang rata rata dimiliki oleh bangsa lain akan diberi hak milik sehingga 999 tahun (kekal lah tu). Tiada istilah kontraktor bumiputra di Pulau Pinang. Apakah ini yang kita mahu.
Oleh itu saya cadangkan kepada seluruh Ahli ahli UMNO pilihlah pemimpin yang benar benar boleh memimpin.
Lu pikirlah sendiri.
Post a Comment