Wednesday, July 9, 2008

Keputusan Ketua UMNO bahagian Selangor calonkan Pak Lah dan Najib - satu pengkhianatan kepada suara akar umbi

Dari Blog Muhammad Muhd Taib:Selangor calonkan Pak Lah dan Najib


Hari Isnin lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah bermesyuarat di Shah Alam. Berbagai perkara dibincangkan berkait rapat dengan persidangan cawangan-cawangan yang akan bermula dari 17 April ini serta beberapa isu semasa politik terutama di Selangor.

Namun, apa yang penting hasil mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai dikalangan Ketua-Ketua Umno Bahagian di Selangor dengan memutuskan untuk mencalonkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan Presiden Umno dan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.


Ulasan...

Saya agak kecewa dengan pengumuman ini. Hal ini tidak seharusnya berlaku selama mana mesyuarat cawangan dan bahagian belum dilaksanakan.

Ini menunjukkan UMNO memberi isyarat jelas kepada semua ketua bahagian dan ketua cawangan bahwa apapun yang akan di bangkitkan di dalam mesyuarat cawangan dan bahagian yang bersangkutan dengan pucuk pimpinan tidak akan dilayan.

Secara tidak langsung ini juga merupakan suatu ugutan terancang yang di laksanakan pucuk pimpinan.

Apakah ini kebebasan bersuara yang di laung - laungkan selama ini?

Apa yang pasti lebih sudu dari kuah..cakap tak serupa bikin.

Mungkin ada baiknya semua ketua bahagian yang sedia ada dan hadir pada mesyuarat bersama Tan Sri itu ditentang dan dipancung.

Apa yang pasti keputusan sebulat suara Ketua Bahagian tidak mewakili suara akar umbi dan amat mengecewakan terutama kepada golongan yang mahukan perubahan dalam UMNO. Segala harapan dan cita -cita untuk melihat UMNO berubah dan menjadi lebih baik nampaknya hanya tinggal satu angan-angan dan mimpi yang tidak menjadi kenyataan.

Apakah UMNO memang tidak mahu berubah dan tidak akan berubah..atau apakah UMNO ingin terus mengongkong dan membelakangi suara akar umbi.

Apakah pucuk pimpinan tidak mahu belajar dan terus ingin menunjukan sikap kuku besi, rakus , angkuh dan sombong.

Yang pasti...bagi aku ...Raja Adil Raja Ku Sembah..Raja Zalim Raja Ku Sanggah

Lawan tetap lawan…

Mail Naga.....

1 comments:

CILIPADI said...

MESYUARAT CAWANGAN BELUM MULA TAPI DAH KATA DI CALON KAN OLEH UMNO NEGERI. APA KE BENDA DIA ORANG NI. MANA SUARA AHLI AKAR UMBI. APAKAH DIA ORANG SETUJU. NI MAIN BELASAH JE MACAM CITE DOREMON ADA MAGIC. DAH CAKAP MACAM MUKE SEPOSEN. CAKAP PAKLAH PUN MCAM DAH TAKDA CONFIENT. KITA BECAKAP PANDANG MATA KALAU BENDA TU JUJUR TAPI BILA CKAP MATA DAN KEPALA DOK PUSING KANAN KIRI. NAK KATA WIRID PUN BUKAN. PM YANG TAK ADA PERJUANG DAN WAWASAN. HANYA PENTINGKAN KELUARGA SENDIRI. KITA WAJIB TOLAK DIA JADI PM. MINTA SOKONGAN AHLI2 LAIN. FIKIRKAN LAH MASA DEPAN ANAK BANGSA , AGAM DAN NEGARA. JANGAN DOK PANDAI NYANYI LAGU UMNO TAPI MAKSUD TAK PAHAM.