Dato' Hj Mohd Satim masih belum muncul...tenggelam dan tidak timbul..soalnya di mana beliau..adakah sebok memantau..orang lain tapi melupakan pengundi beliau...
Apakah kemenangan 45 undi itu cukup hebat bagi beliau..cukup gah bagi beliau...
KAMI MENUNTUT BELIAU TURUN KE GELANGGANG ... ADA BANYAK PERKARA YANG BELUM DISELESAIKAN...
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nampak gayanya sehingga kini ahli ahli UMNO Puchong Indah 1 kempunan nak berjumpa dengan wakil rakyat yang bernasib baik ini.
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh UMNO Puchong Indah 1 seolah olah tidak diendahkannya. Selama hampir empat tahun sejak pilihanraya 2004 berapa kali beliau datang ke kawasan ini. Hanya wakil beliau sahaja yang hadir. Sebagai contoh, Majlis Hari Raya, Majlis Maulidur Rasul tahun 2005 serta lain lain majlis dan yang terkini Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2008 anjuran Pakatan Penduduk Puchong Indah 1 & 2.
Untuk pengetahuan semua, ahli ahli UMNO Puchong Indah 1 dan penduduk PUchong Indah 1&2 telah bersengkang mata selama lebih dua minggu pada masa PRU 12 yang lalu semata mata untuk memastikan kemenangan wakil rakyat.
Kami juga berasa kecewa dengan sikap membisu beliau mengenai Surau Attaubah. Seolah olah kami sebagai ahli qariah dianak tirikan. Beliau tidak mendengar rintihan kami sedangkan kami adalah pengundi berdaftar yang telah mengundi beliau ketika PRU 2004. Surau diserahkan kepada India Muslim yang bukan penduduk Puchong Indah 1 , entah mengundi entahkan tidak.
Kami berharap agar wakil rakyat dapat ubahlah sikap. Ingatlah yang di atas tidak akan sentiasa di atas. Sedarlah dan insaflah. Turunlah berjumpa pengundi dan penduduk. Dah lebih sebulan PRU 12.
Post a Comment